Salam Sejahtera semua..

PERHATIAN...

Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.

100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau

TEMPAHAN MULA DIBUKA SEKARANG.....

Untuk sebarang tempahan :
- Individu
- Peniaga2 Bazar
- Pemborong

Kepada pembeli atau agen yang berminat untuk berurusan dengan kami boleh menghubungi 012-6962625/0173521225/01115322625

Lokasi penghantaran sekitar Lembah Klang . ( Hantar terus by hand )
Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.

Kepada yang berada diluar kawasan sila hubungi saya untuk bincang cara penghantaran.

Khidmat penghantaran melalui Pos ke Sabah & Sarawak.
Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..

Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.

Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)

Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.

H/P : 0126962625
0173521225
01115322625

atau

email : ishraf@destinigroup.com

Saturday, July 31, 2010

Balik Kampung

Khamis 29/7/2010. Lepas kerja terus balik Muar nak ambik stok kuih batang buruk. Bertolak dari rumah dah jam 9.30mlm. Singgah R&R Seremban untuk makan malam. Sepanjang jalan terasa sangat bandan ni penat. Sampai kat kampung dah dekalt pukul 1.00pagi. Mak ngan abah masih lagi dok tengah buat kuih. Bertungkus lumus nak siapkan order yang masuk. Aku punyer order dah siap dah. Ready To deliver.

Delivery Kak Zie

Order Kak Zie 280 pek dah dihantar pada 30/7/2010. Hantar kat tempat yang sama. Tesco Saujana Impian Kajang.
Kak Zie - Pelanggan Kuih Batang Buruk yg tiap-tiap minggu buat order
Semua urusan C.O.D
 Resit disertakan

Wednesday, July 28, 2010

Order yg ke2

Order yang kedua daripada Kak Zie/Pandan Indah.
Qty : 280 pek
Tarikh penghantaran : 30 July 2010 @ kajang

Sri Kapas

Order untuk sri Kapas sebanyak 50 container dah siap dihantar pada 27 Julai 2010..Pukul 4 pagi baru selesai re-pack.

Sunday, July 25, 2010

Selesai sudah

Penat hari ni. Dengan pinggang yang saaakit sangat aku gagahkan jugak. Sakit sebab semalam pindah masuk kebilik asal. Dah siap renovate dah. Puas hati aku dengan hasilnya. Walaupun ambik masa yang lama nak siap aku tetap puas hati sebab ianya hasil kerja tangan aku sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan kerja aku yang mula mula masa buat ruang tamu, kerja yang ini aku puas hati sangat. Sebab dah banyak improvement. Petang tadi dah selesai semua kerja. Dari pindah bilik ke hantar kuih batang buruk. Order dari Kak Zie dah aku hantar petang tadi (lupa nak mintak amek gambar tadi). Begitu jugak dengan sample sample yang diminta dari Shah Alam, Taman Melati & Keramat. emua dah aku selesaikan pengantaran. Memang sibuk giler. Kak Zie bagitau aku tadi maybe start minggu depan akan ada order setiap minggu sampai ke Hari Raya. Katanya PO dah keluar. Alhamdulillah....Berdoa je lah..

Semalam punye citer lak 2000 bekas. Customer yang ini dia nak aku supply dalam bekas. Bukan dalam pek. Dah tentu aku kene carik bekas & dah tentu2 kos pun bertambah. Nak supply pada sorang Tan Sri/ Pn Sri. Owner shopping mall kat KL. Rasanya tak boleh nak cerita lagi shopping mall yang mana. Tunggu confirm order dulu. Ceritanya dulu Tan Sri/Pn Sri dah ada msupplier tapi supplier tu tipu. Ada ka patut dia pack dalam bekas pas tu tengah LOPONG...KOSONG...Susun kat bahagian tepi je..Apa da.. Tapi sekarang ni masih lagi dok menunggu jawapan dari dorang... Berdoalah lagi banyak2..Harap harap murah rezeki aku tahun ni. Boleh selesai apa yang patut. Boleh gak aku tolong mak aku siapkan rumah yang dh lama terbengkalai kat kampung. Amin..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.