Salam Sejahtera semua..

PERHATIAN...

Saya hanya mengambil order untuk bulan puasa & hari raya sahaja.
Sekiranya berminat untuk menempah didalam bulan bulan yang lain minimum order adalah 200 pek / 100 kg.

100% Keluaran Bumiputera ( bisnes kat dapur rumah je )
100% Kacang Hijau

TEMPAHAN MULA DIBUKA SEKARANG.....

Untuk sebarang tempahan :
- Individu
- Peniaga2 Bazar
- Pemborong

Kepada pembeli atau agen yang berminat untuk berurusan dengan kami boleh menghubungi 012-6962625/0173521225/01115322625

Lokasi penghantaran sekitar Lembah Klang . ( Hantar terus by hand )
Caj akan dikenakan untuk pesanan dibawah 20pek/10kg.

Kepada yang berada diluar kawasan sila hubungi saya untuk bincang cara penghantaran.

Khidmat penghantaran melalui Pos ke Sabah & Sarawak.
Caj akan dikenakan mengikut kadar berat (berat asas bungkusan atau VOLUMETRIK - mana yang lebih tinggi) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
Berikut adalah panduan untuk anda mengenai kadar caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Panduan Pos Malaysia
Panduan Kiraan Volumetric Weight
(Lebar x Panjang x Tinggi /6000 = KG) - Kiraan dalam cm..

Adakalanya caj yang dikenakan adalah berdasarkan kadar berat kiraan VOLUMETRIK (saiz bungkusan) dan bukan mengikut berat sesuatu pakej. Jadi kepada yang nak buat pesanan melalui pos adalah lebih baik untuk anda membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak. Takut nanti caj pos lagi mahal dari harga produk.

Harga : RM13/pek/500gm
Bayaran : C.O.D / Bank In M2U (162647037807 / Nor Ishraf Bakar)

Hubungi nombor yang tertera dibawah untuk pertanyaan.

H/P : 0126962625
0173521225
01115322625

atau

email : ishraf@destinigroup.com

Wednesday, August 18, 2010

Hari 17 Ogos 2010/Isni jam 11.00 pg td ada staff dr kraftangan malaysia call aku. Tujuan dia nak mintak aku buat demo pembuatan kuih batang buruk kat pameran kraftangan malaysia pada 20 ogos 2010 nanti. Aku terpaksa tolak sebab aku tak de kebolehan utk buat demo tu. Nak ajak mak mentua dia pulak kat johor. Lagipun belum tentu lagi dia nak. Ni bukan kali pertama org dr pertubuhan@institut call aku. Ni adalah kali yg ketiga. Yang pertama daripada Jabatan Muzium. Nak buat kajian dan pameran. Yang ke 2 pulak pelajar dr UiTM nak buat kajian untuk tugasan. Semua aku terpaksa atas sebab yang tak boleh aku elak. Ini lah yang dinamakan kuasa internet. Hahaha...

Pada aku yang tak berapa nak pandai bab bab marketing & Internet/komputer ni perkara yang semacam ni dah jadi satu benda yang positif. Bermula dengan "kosong" sampai aku dah boleh buat blog ni. Sikit sikit aku belajar. Boleh dikatakan 80% dari pelanggan kuih batang buruk aku datang dari blog ni. Blog yang "cakar ayam" dan blog yang aku jarang promosikan. Alhamdulillah, yang sebenarnya secara offline@kat luar pun aku jarang promosikan batang buruk aku ni. Cuma bercerita ngan kawan kawan je. Makin dekat nak raya makin banyak nombor yelefon yang aku tak kenal terpapar kat hanphone aku. Kadang2 panggilan dari bank pon aku ingat orang nak tanya pasal batang buruk...kihkihkih...

Perancangan aku lepas ni nak merayau kat tempat tempat orang jual kuih raya. PKNS Shah Alam aku punya main target. Nak cuba promotekan batang buruk aku ni. Ni planning untuk tahun depan. Mana tahu sangkut sorang dua peniaga kuih raya kat sana, dah bertambah lagi pelanggan aku. Satu perkara je yang aku takut. Tenaga kerja takde. Bila tenaga kerja kurang maka production pun kureng lah. Itu masalah yang aku hadapi sepanjang 4 tahun aku membantu mak mertua aku. Permintaan tu ada tapi supply tak cukup (Musim raya je lah). Apa pun kita tengok je lah apa jadi lepas ni...

Tuesday, August 17, 2010

Bosan

Hari ni mendung je. Bosan lak rasanya. Semasa aku menulis ni aku berada di bengkel Merz Energy di Bt 3 Shah Alam. Hantar kete company buat service & repair. Dah 2minggu due utk service. Lagipun kete tu bukannya sihat sgt. Byk sgt sakitnya. Sambil menunggu member datang amek, update lah sikit2 blog ni. Tersengguk sengguk aku menahan gantuk. Maklum je lah. Bulan puasa memang selalu ngantuk. Hari ni dah ramadhan ke-6. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Hari minggu yang lepas aku tak kemana mana. Cuma hari ahad petang je aku ke Alamanda. Tengok wayang cerita "The Expendebles" ngan orang rumah. Dalam filem tu semua actor kegemaran aku ada berlakon. Takde plan pon nak pi tengok wayang hari tu. Pagi tu lepas subuh aku dah boleh nak tido. Sambil layan internet on tv sekali. Kalo tak sunyi gak. Masa tu lah keluar review pasal filem ni kat TV3. Terus book tiket online.
Kuih batang buruk pun tak de yang urgent nak kene hantar. So aku banyak rehat je la. Setakat hari ni masih ada 50pek order yg belum dihantar. 30pek ke Sri Kembangan. 20pek lagi ke Klang. Stok yang ada kat tangan pun masih ada 230 pek. Masuk pejabat ada gak dapat order 6pek hari. Alhamdulillah. Slow sikit. Mungkin sebab masih ada banyak masa lagi. Masih slow. Kalau mengikut pengalaman tahun tahun yang sudah org banyak order masa dah nak dkt raya. Tunggu & lihat je lah nanti. Ada yang nak sampai 2ribu pek. Fuhhh..mana nak carik bila dah hujung hujung puasa. Stok banyak dah habis. Macam nilah kalau jadi peniaga bermusim. Tak simpan stok banyak banyak. Harap harap tahun ni takde lagi lah yang buat macam tu……Kalo tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.